5 bahagian jarang dibersihkan penyebab kereta berbau

5 bahagian jarang dibersihkan penyebab kereta berbau

Ramai yang berfikir seluruh bahagian di dalam kereta sudah bersih, namun terlupa yang kekotoran itu masih lagi melekat pada bahagian tertentu.

Kereta merupakan sebuah pengangkutan yang perlu dijaga kebersihannya supaya anda boleh memandu dengan tenang sehingga sampai ke destinasi.

Maka sebelum perjalanan dimulakan, rata-rata pemandu akan membersihkan kereta dengan baik.

Namun jangan terlalu yakin kerana terdapat beberapa tempat dalam kereta yang sebenarnya ia masih lagi kotor dan tidaklah bersih seperti yang anda jangkakan :

1. Karpet atau alas kaki kereta

Kebiasaannya kita akan vakum sahaja di bahagian ini, namun tanpa anda sedar ia masih lagi banyak kekotoran yang melekat pada karpet tersebut.

Jadi apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah mencuci karpet tersebut dengan air dan keringkan karpet tersebut menghadap matahari.

Ia bertujuan untuk membuang segala sisa habuk, kotoran yang melekat pada tapak kasut dan mengotorkan serta meninggalkan bau pada karpet kereta anda.

2. Bonet kereta

Bonet kereta juga bertindak sebagai stor di mana segala barangan disimpan di bahagian ini.

Antara barangan tersebut ialah beg, alat perkakas dan kasut. Adakalanya barang-barang inilah yang mendatangkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Siling kereta

Tahukah anda siling bumbung bahagian dalam kereta mampu menyerap bauan daripada asap rokok ataupun makanan hingga terdapat kesan tompok?

Walaupun kita jarang menyentuh bahagian ini tetapi material yang digunakan pada siling kereta boleh memerangkap bauan hingga buatkan kita rasa tidak selesa.

Untuk mencucinya, anda perlu bersihkan dengan berhati-hati kerana takut kelembapan yang tertinggal boleh membuatkan timbulnya kesan warna yang tidak sekata.

4. Tempat pemegang cawan

Kebiasannya bahagian ini juga kita akan vakum.

Namun tahukah anda apabila memandu, kita tidak akan sedar akan berlakunya percikan atau tumpahan air di tempat tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah lapkan ruangan ini untuk membuang kesan air terutamanya air minuman yang mempunyai kandungan gula.

Sudahlah ia akan berbau, serangga seperti lipas juga akan menghurung bahagian ini tanpa anda sedari.

5. Kerusi kereta

Kerusi kereta adalah “spot” paling banyak kotoran degil berlaku iaitu di penyandar dan poket belakang.

Ini kerana di bahagian penyandar akan menyerap segala bau peluh badan seseorang yang bersandar di kerusi tersebut di bahagian poket belakang pula, terlalu banyak sampah sarap yang akan diselitkan di bahagian tersebut, contohnya bungkusan makanan oleh kanak-kanak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.