
Beliau menjawab Timbalan Ketua Muhammad Hilman Idham yang mendakwa jawatan mereka kekal sehingga pemilihan Pemuda PKR akan datang, berdasarkan kepada Perkara 5.2 peraturan sama.
Menurut peruntukan itu, semua pemegang jawatan kekal sebagai anggotanya walaupun melebihi had umur 35 pada tahun berkenaan sehingga tamat tempoh khidmat atau digantikan.
“Perkara 5.2 yang dibangkitkan timbalan ketua hanya terpakai kepada mana-mana anggota yang masih berada di bawah had umur semasa dilantik dan melepasi had umur tersebut semasa memegang jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ahmad, Mizan semasa pemilihan pengerusi tetap dijalankan pada 16 Nov 2018 sudah berumur 35 tahun, manakala Ramly pula sudah berumur 38 tahun.
“Oleh itu Perkara 5.2 tidak terpakai dalam kes Mizan dan Ramly yang secara automatik hilang kelayakan untuk memegang apa-apa jawatan dalam Pemuda PKR,” katanya.
Awal hari ini, Hilman menuduh Ahmad cuba memesongkan fakta bagi merasional pelucutan jawatan Mizan dan Ramly, mendakwa dia “menyembunyikan Perkara 5.2”.
Ahmad kelmarin memaklumkan mereka dilucutkan jawatan, dengan persetujuan Ketua Pemuda, Akmal Nasir, kerana ada keraguan daripada pemilihan sebelum ini.