Kanak-kanak unik, jadi saintis seawal umur 12 tahun

Kanak-kanak unik, jadi saintis seawal umur 12 tahun

Kanak-kanak berusia 12 tahun Siddharth Srivastav Pilli tidak membuang masa untuk bermain, sebaliknya kini bekerja sebagai saintis data.

Kebiasaannya, kanak-kanak berumur 12 tahun masih di peringkat awal untuk mengenali bidang pekerjaan.

Ini kerana dalam usia sebegini mereka hanya akan “sibuk” dengan dunia permainan dan persekolahan sahaja.

Namun tidak bagi Siddharth Srivastav Pilli kerana dia tidak meletakkan had umur untuk mengejar sesuatu matlamat yang diinginkan.

Malah dia mempunyai sasaran berbeza dengan kanak-kanak lain.

“Saya berusia 12 tahun dan bekerja sebagai saintis data di syarikat Montaigne Smart Business Solutions,” katanya dipetik media Aninews.com.

Montaigne Smart Business Solutions merupakan sebuah syarikat perisian di Hyderabad yang melantik Siddhart sebagai tempat rujukan mereka tentang pengekodan.

Namun cita-citanya tidak terhenti setakat itu kerana Siddhart mempunyai impian lebih besar iaitu ingin menjadi seperti Tanmay Bakshi, kanak-kanak yang bekerja di syarikat Google sejak umurnya 13 tahun.

Bakshi kini memainkan peranan membantu dunia dalam memahami teknologi kecerdasan buatan (AI).

Mengulas lanjut, Siddharth turut berkata kejayaan beliau itu atas usaha bapanya sendiri yang menjadikan dia cemerlang sehingga ke hari ini.

“Bapa saya banyak membantu dan saya amat berterima kasih kepadanya kerana memperkenalkan dan mengajar tentang pengekodan,” katanya lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.