Rani Mukerji ingin berlakon filem ‘Charlie’s Angels’

Rani Mukerji ingin berlakon filem ‘Charlie’s Angels’

Pelakon hindustan terkenal Rani Mukerji mengimpikan sebuah filem boleh dihasilkan seperti Charlie's Angels dan beliau sendiri ingin memegang watak salah seorang daripadanya.

Sumber gambar : dnindia.com

Bintang hindustan Rani Mukerji mengharapkan dirinya dapat bekerjasama dengan dua selebriti lain dalam sebuah filem seperti Charlie’s Angels iaitu antara filem hebat Hollywood.

Beliau ketika dipetik Timesofindia mengharapkan dua selebiriti tersebut adalah Deepika Padukone dan Katrina Kaif yang sememangnya pelakon terhebat dan mempunyai pengikut yang ramai.

Dalam laporan itu juga dipetik bahawa netizen tidak sabar melihat gandingan mantap ini beraksi dalam sebuah filem.

Menurut Rani, dia memuji lakonan Katrina menerusi filem Tiger Zinda Hai dan Deepika dalam filem Piku.

Rani sebelum ini pernah membintangi filem Kuch Kuch Hota Hai bersama bintang terkenal Shah Rukh Khan sekaligus namanya meningkat naik dalam dunia perfileman.

Antara filem lain yang turut dibintanginya adalah Chalte Chalte, Har Dil Jo Pyar Karega dan Chori Chori Chupke Chupke.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.