Benar, jika ingin memberi semangat kepada anak-anak dalam pelajaran, adalah disarankan untuk ibu bapa memberi sedikit ganjaran sebagai pembakar semangat untuk mereka di masa hadapan.

Melihat kepada keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, ramai ibu bapa yang melahirkan rasa keterujaan mereka dengan menghadiahkan apa sahaja yang anak mereka pinta.
Begitu juga dengan guru dan pihak sekolah memberikan hadiah yang langsung tidak dijangka pelajar tersebut.

Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut menghadiahkan pelajar cemerlang sebuah motosikal serta tiket percutian ke Pulau Langkawi serta televisyen LED.
Alasannya supaya pelajar tersebut bangga dengan pencapaian sendiri sekaligus tidak akan ponteng ke sekolah kerana akan menggunakan motosikal tersebut setiap hari.
Pastinya ia berbeza dengan pencapaian murid zaman dulu yang hanya diberikan sedozen buku untuk kegunaan tahun berikutnya, atau peralatan menulis serta beg sekolah yang boleh digunakan.
Begitu juga dengan ibu bapa yang menghadiahkan wang tunai RM10,000 kepada anaknya, Muhammad Danish Haziq Ihsan yang cemerlang dalam UPSR, yang bermakna 1A bernilai RM2000.

Turut mendapat perhatian netizen dalam laman sosial Instagram Una Rushana dimana dia diminta untuk menggubah wang RM50 menjadi sejambak bunga.
Begitu juga dengan seorang pelajar perempuan yang dilihat berkongsi keputusan peperiksaan di pusara ibunya, turut mendapat perhatian netizen dengan meluahkan rasa kesedihan.
Gambar tersebut dimuat turun dalam laman sosial Facebook Opahnya, Aishah Mat Akat dan berharap supaya cucunya meneruskan perjuangan dan yakin akan berjaya satu hari nanti.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]