
“Tender terbuka,” kata Syed Saddiq apabila ditanya Ahmad Maslan (BN-Pontian).
Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkata, beliau mempunyai bukti kontrak bernilai RM7 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengendalikan Institut Kemahiran Belia Negara di Melaka, Selangor dan Perlis.
Beliau turut membacakan nama beberapa syarikat di pelbagai negeri yang didakwanya mendapat kontrak bernilai jutaan ringgit.
“Sejak semalam, berita tersebar mengenai kontrak yang diberikan kepada beberapa syarikat oleh Kementerian Belia dan Sukan.”
Katanya, kertas dengan nama syarikat terbabit diletakkan di mejanya di Dewan Rakyat oleh seorang pegawai kementerian.
Beliau bertanya kenapa kontrak itu diberikan kepada syarikat tertentu apabila lebih 6,000 syarikat Bumiputera layak untuk mengendalikan perniagaan makanan di institut berkenaan.