
Pengunjung sebuah zoo di China sanggup beratur panjang semata-mata untuk menghidu najis beruang panda yang didakwa berbau wangi.
Zoo Wuhan di wilayah Hubei, tengah China mempamerkan najis panda kepada pengunjung untuk menunjukkan bagaimana sistem penghadaman haiwan itu berfungsi.
Ramai pengunjung terkejut kerana tidak menyangka najis panda wangi malah ada yang berkata, baunya seperti buluh dan roti.
Pihak zoo memberitahu, panda tidak dapat menghadam buluh dengan baik menyebabkan najis haiwan itu banyak mengandungi daun tumbuhan berkenaan.

Petugas zoo itu teruja dengan kehadiran ramai pengunjung dan berjanji untuk menggantikan najis panda yang dipamerkan setiap hari untuk dihidu mereka.
Zoo itu turut menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan bagaimana panda berkenaan menghasilkan najis.

Menurutnya, seekor panda selalunya berak lebih 10 kali sehari.
Tahi panda juga digunakan untuk membuat tisu dan teh di China.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]