
“Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat juga bersedia menjalankan tugas sebaik maklumat diterima.
“Terima kasih polis dan pihak yang ‘tag’ saya. Perlindungan kanak-kanak tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna X memuat naik gambar berkenaan yang didakwanya diambil dari satu akaun TikTok @babyboy____2 yang sudah dipadamkan.
Gambar itu menunjukkan seorang lelaki duduk di atas motosikal bersama seorang kanak-kanak perempuan. Satu gambar menunjukkan lelaki itu seperti mencium bibir kanak-kanak berkenaan.
Lokasi dan identiti mereka tidak dapat dikenalpasti.
FMT menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman (D11) untuk maklumat lanjut kes tersebut.