13 hilang tragedi bot nelayan karam di Maghribi

13 hilang tragedi bot nelayan karam di Maghribi

Bot nelayan itu berlepas dari pelabuhan Agadir dengan 16 orang sebelum karam kira-kira 40 batu berhampiran pesisir TanTan.

Tiga mayat dijumpai setakat ini selepas sebuah bot nelayan karam berhampiran bandar pesisir TanTan, Maghribi. (Gambar Bernama)
RABAT:
Sejumlah 13 orang hilang selepas sebuah bot nelayan karam pada Jumaat berhampiran bandar pesisir TanTan di Maghribi, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan laman sesawang akhbar barlamane.com.

Bot nelayan itu berlepas dari pelabuhan Agadir dengan 16 orang sebelum karam kira-kira 40 batu (64km) berhampiran pesisir TanTan, lapor laman sesawang tersebut yang memetik kenyataan sumber tempatan.

Tiga mayat dijumpai setakat ini, menurut laman sesawang itu yang menambah semua usaha digerakkan bagi mengesan 13 lagi yang dianggap hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.