Lagak aksi ‘popeye’ tak menjadi, terpaksa buang ketulan gel dalam lengan

Lagak aksi ‘popeye’ tak menjadi, terpaksa buang ketulan gel dalam lengan

Tereshin menyuntik tiga liter bahan itu dalam setiap lengannya, menyebabkan tisu otot menjadi tepu sehingga menyekat aliran darah.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai “Popeye” kerana memiliki lengan yang besar selepas menyuntik dengan gel petroleum terpaksa menjalani pembedahan membuang bahan itu yang merosakkan tisunya.

Doktor memberi amaran tindakan Kirill Tereshin, 23, itu boleh membawa maut dan dia boleh kehilangan dua lengannya sekiranya ketulan itu tidak dikeluarkan secepat mungkin.

Tereshin yang popular di media sosial disebabkan otot palsu itu sudah menjalani pembedahan selama dua jam untuk membuang sebahagian otot mati seberat 1.36 kilogram dari lengannya.

Dia bersetuju untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas didesak Alana Mamarva, aktivis yang membantu mangsa melakukan pembedahan plastik.

Memetik laporan Daily Mail, ketulan terbabit menyebabkan Tereshin sering menghidap demam panas tinggi, kesakitan teruk dan badannya menjadi lemah.

Pakar bedah Universiti Perubatan Pertama Negeri Moscow, Dmitry Melnikov berkata, pemuda itu masih perlu menjalani tiga lagi pembedahan.

“Saya sudah menjelaskan gel petroleum yang disuntik ke dalam lengannya menyebabkan ototnya mati.

“Setakat ini, pembedahan yang dilakukan cuma 25 peratus,” katanya.

“Tereshin menyuntik tiga liter bahan itu dalam setiap lengannya, menyebabkan tisu otot menjadi tepu sehingga menyekat aliran darah.

“Dia bernasib baik kerana kerosakan itu belum merebak ke bahagian badan lain,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.