Helmet bukan sahaja boleh dipakai di jalan raya, tetapi juga di pejabat!

Helmet bukan sahaja boleh dipakai di jalan raya, tetapi juga di pejabat!

Anda boleh mempelbagaikan cara penggunaan helmet dimana-mana sahaja, tidak kira jalanraya mahupun pejabat.

Keselamatan merupakan aspek yang penting perlu diambil kira walau dimana juga anda berada.

Sebab itulah ketika anda berada di jalan raya, helmet adalah peralatan penting kepada semua penunggang motosikal yang bertujuan bagi mengelakkan kecederaan teruk di bahagian kepala.

Namun penggunaannya boleh divariasikan dalam pelbagai cara di mana sekumpulan pekerja memakai topi keledar dalam sebuah pejabat kerajaan di Uttar Pradesh di India.

Gambar tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

Kesemuanya merupakan kakitangan jabatan elektrik di daerah Banda bertindak sedemikian sebagai langkah keselamatan berikutan pejabat mereka terletak dalam sebuah bangunan usang dengan bumbung premis itu dilaporkan berlubang.

Selain itu, turut terdapat tiang di tengah bilik terbabit yang berfungsi sebagai “pemegang” siling untuk mengelakkan ia runtuh.

“Kami perlu pakai helmet untuk melindungi diri masing-masing jika berlaku kejadian tidak diingini secara tiba-tiba. Kami ada maklumkan kepada pegawai atasan tentang keadaan bangunan itu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Mungkin mereka mahu tunggu salah seorang daripada kami terbunuh baru usaha membaik pulih dimulakan,” kata salah seorang pekerja kepada Asian News International.

Menurutnya, kesemua pekerja terbabit juga perlu membawa payung jika musim hujan berikutan bumbung bocor.

Bukan hanya keadaan pejabat itu yang usang, perabot yang disediakan juga sangat daif berikutan tiada laci atau almari disediakan untuk menyimpan dokumen atau fail, malah kesemua dokumen itu hanya ditempatkan di dalam kotak kadbod.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.