Serangan di Yala, polis Kelantan tingkat kawalan keselamatan

Serangan di Yala, polis Kelantan tingkat kawalan keselamatan

Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan pihak terbabit serangan di Yala yang mengorbankan 15 anggota keselamatan cuba memboloskan diri ke negara ini.

Dalam kejadian di wilayah Yala semalam, 15 anggota sukarelawan maut, termasuk dua wanita dan empat lagi cedera selepas puak pemisah disyaki menyerang pos kawalan keselamatan di selatan Thailand. (Gambar Reuters)
TUMPAT:
Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat dalam kejadian serangan di Wilayah Yala, Selatan Thailand yang mengorbankan 15 nyawa kelmarin, bolos ke negara ini.

Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan berkata, polis akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand, termasuk meminta semua Ketua Polis Daerah yang bersempadan supaya mengambil langkah proaktif.

Jelasnya, meskipun kejadian berkenaan tidak melibatkan rakyat negara ini, namun polis memandang serius perkara itu.

“Kita akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat kawalan di sempadan negara serta mempertingkatkan kawalan sempadan.

“Dalam isu ini, polis Kelantan juga perlu merujuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut termasuk kerjasama berkaitan insiden itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Hasanuddin berkata, polis turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berkunjung ke Thailand buat masa ini atas faktor keselamatan.

Dalam kejadian di wilayah Yala semalam, 15 anggota sukarelawan maut, termasuk dua wanita dan empat lagi cedera selepas puak pemisah disyaki menyerang pos kawalan keselamatan di selatan Thailand.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.