
“AS kata Baghdadi membunuh dirinya dalam sebuah terowong. Mereka memulakan kempen komunikasi mengenainya.
“Tetapi, saya mengumumkan di sini buat julung kali: Kami tangkap isterinya dan tidak kecoh seperti mereka. Kami turut menahan kakak dan abang iparnya di Syria,” kata Erdogan dalam ucapan di Universiti Ankara tanpa memberi butiran lanjut.
Awal minggu ini, seorang pegawai kanan Turki dilaporkan berkata, Turki berjaya menahan kakak Baghdadi, suaminya dan menantunya, serta berharap untuk mendapatkan maklumat daripada mereka mengenai IS, walaupun Ankara tidak kata memaklumkan apa maklumat yang mereka perolehi mengenai operasi kumpulan itu.
Bulan lalu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dilaporkan berkata, dua isteri Baghdadi turut terbunuh di lokasi serbuan bulan lalu.
IS melantik Abu Ibrahim al-Hashemi al-Quraishi sebagai pengganti Baghdadi.
Minggu lalu, seorang pegawai kanan AS dilaporkan berkata, Washington sedang menyiasat pemimpin baru itu untuk mengenal pasti dia berasal dari mana.