Remaja Thailand mati akibat ‘obses’ dengan permainan video

Remaja Thailand mati akibat ‘obses’ dengan permainan video

Ketagihan terhadap permainan video boleh menyebabkan kematian.

Permainan video boleh membuatkan seseorang mampu berfikir dengan lebih cerdas kerana pemikiran akan menjadi sangat pantas dalam “pertarungan” permainan video tersebut.

Namun ia boleh membuat anda leka dan lalai kerana hanya menghabiskan masa hanya untuk itu.

Malah lebih parah apabila anda tidak boleh berhenti sekaligus mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri.

Dan jika anda tahu, banyak kes kematian yang berlaku berpunca daripada ketagihan terhadap permainan video.

Kes itu sekali lagi berlaku semalam apabila seorang remaja Thailand akhirnya mati selepas menghabiskan masa bermain permainan video sepanjang malam semasa cuti persekolahannya semalam.

Piyawat Harikun, 17, dikatakan akan menghabiskan waktu terluangnya di dalam bilik dengan bermain pelbagai permainan video di komputernya.

Menurut laporan The Mirror, remaja itu akan berjaga sepanjang malam dan meneruskan aktiviti tersebut di sebelah siangnya menghabiskan masa dengan komputer di rumahnya di Udon Thani, selatan Thailand.

Mereka akan membawa makanan ke biliknya dan menyuruhnya berhenti, namun remaja itu gagal mengawal ketagihannya.

Namun, bapanya, Jaranwit berkata dia menemui anaknya di dalam bilik pada petang Isnin dan mendapati anaknya tidak sedarkan diri dan jatuh dari kerusi komputer ke lantai.

“Saya sebut nama anak saya, bangun, bangun, tetapi dia tidak memberi respon, dari situ yang saya tahu dia mati,” katanya.

Jaranwit mengakui, ketagihan anaknya terhadap permainan video dan memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak melakukan perkara sama.

“Anak saya pintar dan sentiasa hebat di sekolah tetapi dia mempunyai masalah besar dengan ketagihan permainan.

“Saya cuba memberi amaran kepadanya kerana terlalu lama bermain dan dia berjanji untuk mengurangkannya, tetapi sudah terlambat. Dia telah meninggal dunia sebelum mempunyai peluang untuk berubah,”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.