Piala Malaysia: Johor akan beri JDT insentif

Piala Malaysia: Johor akan beri JDT insentif

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata jumlah dan bentuk insentif akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata jumlah dan bentuk insentif bagi JDT akan diumumkan dalam masa terdekat. (Gambar Bernama)
ISKANDAR PUTERI:
Kerajaan Johor sedang meneliti insentif khas kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berikutan pasukan itu menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, Sabtu lalu.

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata jumlah dan bentuk insentif akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah kerajaan Johor akan memberi sedikit insentif kepada pasukan JDT. Berapa…tunggu…,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Sabtu lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menjulang Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan yang disaksikan 82,420 penyokong itu, JDT memberikan persembahan cemerlang seawal permainan sehingga menghasilkan dua gol di separuh masa pertama sebelum melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi gol tunggal di separuh masa kedua.

Kemenangan itu membolehkan JDT menebus kekecewaan final edisi 2014 di venue sama, selain melakar kemenangan kedua ke atas Kedah di pentas final selepas kejayaan menamatkan kemarau 26 tahun menjuarai Piala Malaysia pada edisi 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.