Setiap orang pasti mempunyai hobinya yang tersendiri tidak kiralah ia mahal ataupun murah.

Malah bukan sahaja perempuan suka melakukan aktiviti tetapi lelaki juga tidak dinafikan akan melakukan aktiviti pelik demi menenangkan fikirannya.
Dan inilah yang dilakukan ahli perniagaan yang mungkin boleh digelar jutawan apabila mereka sanggup berhabis beribu ringgit semata-mata untuk melakukan aktiviti yang langsung tiada kena mengena dengan kerjaya mereka.
Mungkin nampak “mewah” tapi inilah kemampuan yang mereka miliki dan lakukan demi “release tension”.
1. Richard Branson- Kite surfing

Dia suka dengan aktiviti tersebut untuk lari seketika daripada rutin harian dan bersedia untuk kembali bekerja.
2. Steve Wozniak- Segway Polo

Selalunya polo dimainkan dengan cara pemain menunggang kuda tetapi permainan ini diubahsuai menggunakan alat kenderaan beroda dua untuk bermain.
3. Tom Hanks- Mengumpul mesin taip lama

Antara sebab mengapa dia suka mengumpulnya adalah kerana suka dengar bunyi mesin taip lama ditekan.
4. Liam Neeson- Pancing terbang

Dia pernah terbang jauh ke New Zealand untuk meluangkan masa memancing bersama rakan-rakannya.
5. Anil Ambani- Pelari marathon

Menurutnya, dia mula mengambil serius tentang penjagaan kesihatan selepas saiz badannya dipersoalkan dalam satu Persidangan Pelabur yang berlangsung di New York.
Bapanya pernah berpesan padanya bahawa, “kau boleh beli apa sahaja kemewahan yang ada dalam kehidupan, daripada pakaian hingga baju yang mahal, tapi kau tidak boleh beli kesihatan”, tegasnya seperti dilaporkan portal maskulin.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]