Padah parut kekal selamanya gara-gara rawatan ‘laser’ buang bulu

Padah parut kekal selamanya gara-gara rawatan ‘laser’ buang bulu

Tidak semua orang sesuai melakukan rawatan laser kerana ada daripada kita yang alah dengan sesetengah bahan yang digunakan.

Menjadi trending pada zaman ini bagi mana-mana wanita untuk melakukan apa sahaja supaya kelihatan cantik.

Dan ia termasuklah melakukan “waxing” serta “laser” bagi melicinkan kulit dan bebas daripada sebarang bulu.

Namun harus diingat tidak semua orang sesuai untuk melakukannya kerana ada sesetengah orang mempunyai kulit yang sensitif dan alah kepada sesetengah bahan yang digunakan.

Dan itulah yang berlaku kepada Myah Jagjivan apabila ia secara tidak langsung menjadi detik hitam dalam hidupnya.

Malah Jagjivan juga terpaksa menanggung rasa rendah diri seumur hidup.

Kisahnya bermula apabila pelajar berusia 22 tahun itu pergi ke sebuah salon, Taylor Taylor Nails & Beauty untuk melakukan rawatan laser bagi menyingkirkan bulu di badan.

Bagaimanapun tanpa disangka, ujian tampalan laser yang dilakukan menyebabkan kakinya melecur pada tahap kedua dan meninggalkan kesan parut kekal pada kakinya.

Jagjivan mendakwa dia terlepas mengikuti pengajiannya selama sebulan ketika sedang berada di tahun akhir di Universiti Sheffield Hallam gara-gara penderitaan yang dialaminya itu.

Menurut gadis itu juga, dia kini bukan lagi seperti dahulu dan terpaksa menguburkan minatnya yang gemar memakai pakaian berfesyen ekoran sikap rendah diri yang tebal.

“Sebelum ini saya seorang yang berperwatakan ceria dan suka menggayakan pakaian yang singkat, namun kini saya tidak lagi berpeluang melakukannya,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.