Bantuan kebajikan dibayar selewatnya 10 Nov

Bantuan kebajikan dibayar selewatnya 10 Nov

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat pada Jumaat lepas memaklumkan terdapat kelewatan bayaran bagi bulan Nov disebabkan masalah teknikal.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PUTRAJAYA:
Bantuan kebajikan persekutuan bagi bulan Nov akan mula dikreditkan ke dalam akaun 484,828 penerima di seluruh negara Khamis ini dan dijangka selesai pada atau sebelum 10 Nov, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kelewatan bayaran itu adalah disebabkan isu teknikal melibatkan prosedur menurunkan peruntukan kepada agensi.

“Peruntukan sudah lulus tetapi nak masuk (kredit) ke dalam akaun belum lagi… memang dah sampai tapi ada masalah teknikal. Kementerian minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Tentang Industri halal, hari ini.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail dalam kenyataan pada Jumaat lepas memaklumkan kelewatan bayaran bagi bulan ini disebabkan masalah teknikal.

Wan Azizah berkata kementerian akan menambah baik prosedur tersebut untuk memastikan masalah itu tidak berulang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.