Tanya SUA PKR, Azmin jawab isu tak diundang rasmi kongres Pemuda

Tanya SUA PKR, Azmin jawab isu tak diundang rasmi kongres Pemuda

Pemuda PKR dilapor tidak mahu timbalan presiden mereka merasmikan kongres nasional sayap itu.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali meminta media menghalakan pertanyaan kepada setiausaha agung parti susulan laporan mengatakan Pemuda tidak mahu beliau merasmikan kongres mereka tahun ini.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali meminta media menghalakan pertanyaan kepada setiausaha agung parti susulan laporan mengatakan Pemuda tidak mahu beliau merasmikan kongres mereka tahun ini.

“Tanya setiausaha agung,” katanya merujuk kepada Saifuddin Nasution Ismail.

Media memetik sumber yang mendakwa Pemuda PKR tidak mahu Azmin merasmikan kongres nasional mereka, mendakwa Azmin sering membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti.

Pemuda PKR sebaliknya berhasrat mengundang bekas presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk merasmikan persidangan itu, kata laporan itu.

FMT sedang mendapatkan maklum balas Saifuddin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.