‘Micheal Jackson’ Sepanyol digesa buat DNA

‘Micheal Jackson’ Sepanyol digesa buat DNA

Tersebar di laman sosial Instagram di mana seorang individu yang menyerupai mendiang Micheal Jackson, tampil membuat jelajah konsert ke beberapa buah negara sehingga ada yang menggesa untuk membuat ujian DNA.

Timbul kekeliruan apabila wajah seorang penyanyi Sepanyol seiras wajah selebriti terkenal, Micheal Jackson.

Dia digesa untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan yang dia bukan mendiang Jackson.

Menerusi sebuah video dimuat naik Sergio Cortes dalam laman sosial Instagramnya, dia dilihat memiliki rambut keriting berwarna hitam dan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Raja Pop itu.

“Hello kepada semua peminat Michael Jackson, jangan lupa datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan saya di Hollywood Pattaya pada 23 Disember ini.

“Saya sayang anda semua dan jumpa anda di sana. Saya Sergio Cortes, jumpa lagi,” katanya.

Menurut beberapa komen netizen, Jackson berbohong tentang kematiannya dan menyembunyikan diri sebagai seorang penghibur.

Rata-rata komen yang membanjiri video tersebut menggesa Cortes mengambil ujian DNA bagi membuktikan teori mereka.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Beat It itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Jun 2009.

Dilaporkan dia kini sedang membuat konsert jelajah bagi mengingati Jackson ke beberapa negara seperti Thailand dan Singapura.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.