Beli rumah baru kerana “Little Pony”

Beli rumah baru kerana “Little Pony”

Obses pada suatu perkara merupakan perkara yang sukar untuk dihalang kerana minat akan mengatasi segalanya tidak mengira usia.

Bila bercakap tentang obses pada suatu perkara, kita akan melakukan apa sahaja untuk kepuasan diri sendiri.

Seperti Miranda Worby, 36, dia begitu taksub dengan patung kuda atau “little pony” sehingga dia terpaksa membeli sebuah rumah baru bagi menempatkan ribuan patung tersebut.

Miranda berkata koleksi luar biasa itu memerlukan ruang yang lebih luas dan selesa.

“Saya tahu wanita seusia saya tidak wajar mengumpul patung ini. Ia kedengaran agak pelik tetapi saya tidak kisah kerana minat.

“Saya telah mendiami rumah ini selama tiga tahun. Apabila melihat ratusan kotak di dalam rumah, saya berbincang dengan suami untuk membeli rumah yang lebih besar bagi menempatkan patung kuda.

“Saya mahukan patung kuda saya dipamerkan di ruang yang lebih selesa dan cantik,” katanya kepada Daily Star.

Suaminya, Ian Langston, 58, turut menyokong hobi isterinya dan terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sebuah kediaman di Lowestoft Suffolk.

Jelas Miranda lagi meskipun suaminya tidak begitu meminatinya tetapi dia akan melakukan yang terbaik demi menyokong minat isterinya itu.

“Bila saya beritahu dia yang kita perlu berpindah ke rumah lain kerana saya perlu meletakkan patung kuda ini di sekeliling rumah, dia hanya mengikuti sahaja. lagipun saya memang sayangkan rumah sekarang dan memang tiada perancangan untuk berpindah kemana-mana.

“Tetapi bila saya fikirkan terlalu banyak patung kuda di dalam kotak ini, jadi saya fikir adalah perlu untuk kita berpindah,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Miranda turut berkata yang dia begitu minat dengan patung kuda itu sejak umurnya empat tahun dan kini mempunyai lebih 2000 koleksi “little pony”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.