
Wan Azizah berada di Johor hari ini bagi merasmikan Karnival Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan di Plaza Angsana Johor Bahru, petang tadi.
Beliau kemudian menggunakan kesempatan kehadiran beliau di Johor untuk hadir di sini, kira-kira 90 minit perjalanan dari Johor Bahru.
Selepas merasmikan pejabat PKR Cabang Tanjung Piai, Wan Azizah melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rimba Terjun.
Beliau kemudian turun padang bertemu dengan penduduk di Rambah, Kukup bagi membantu kempen PH.
Wan Azizah kemudian melawat Bilik Gerakan Utama PH di Eco Rambah, Rambah, yang dibuka bagi menghadapi PRK Parlimen Tanjung Piai sejak 17 Okt lepas.
Pada PRK kali ini, PH berdepan dengan pertandingan enam penjuru menentang Barisan Nasional (BN), Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon Bebas.
Dalam usaha untuk mengekalkan kerusi itu PH menamakan Karmaine Sardini sebagai calon, BN pula diwakili bekas penyandang kawasan itu, Wee Jeck Seng; Gerakan (Wendy Subramaniam) dan Berjasa (Badhrulhisham Abdul Aziz).
Calon Bebas pula masing-masing pengasas pusat tuisyen Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar, seorang ahli perniagaan yang mewakili Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 Nov sebagai hari mengundi manakala 12 Nov bagi pengundian awal.
PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian wakil rakyatnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada PPBM pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Pada pilihan raya umum ke-14 Mei tahun lepas, Md Farid memperoleh 21,254 undi untuk menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.