Bila bercakap tentang kisah seram, ramai yang percaya dan ada juga menyatakan ia kisah dongeng.

Namun terdapat ramai ahli paranormal yang membuat penyiasatan sama ada ia benar wujud atau tidak.
Sehinggalah ada di antara mereka yang menjadikan kisah tersebut sebagai sebuah filem untuk tontonan umum.
Mereka akan menjadikan beberapa lokasi yang mempunyai kisah mistik dan antara tempat tersebut:
1. Hospital lama Changi, Singapura
Setiap rakyat Singapura tahu tentang sejarah dan cerita mistik di hospital lama Changi dan tempat ini sering menjadi tempat penyiasatan pakar paranormal.
Ia dibina Tentera Udara Diraja Britain pada tahun 1935 dan hospital tersebut telah diambil alih Jepun selepas kejatuhan Singapura.
Selepas ditutup pada 1997, pelawat dan pengawal di hospital mendakwa mereka melihat hantu yang menyerupai jururawat dan tentera lalu-lalang di sekitar koridor hospital serta mendengar jeritan yang menyeramkan.
Krew cerita seram, “Haunted Changi” turut berkata yang mereka sering terlihat benda-benda pelik dan suara yang menakutkan kita sesi penggambaran dijalankan.
2. Lawang Sewu, Indonesia

Bagi anda yang pernah berkunjung ke Semarang, pasti anda akan melalui satu bangunan lama iaitu Lawang Sewu.
Diberi nama Lawang Sewu kerana ia mempunyai pintu yang banyak, bermakna seribu pintu. Ia menyimpan pelbagai kisah silam yang kebanyakannya cerita seram.
Bangunan itu merupakan tempat pertempuran yang digunakan tentera Belanda untuk menyelinap ke bandar yang dikawal tentera Indonesia.
Di situ juga berlaku tempat kematian tentera-tentera tersebut.
3. Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand

Ia menjadi seram kerana tapak lapangan ini merupakan tapak perkuburan. Semasa ia dibina, para pekerja terdengar suara-suara pelik seperti menyanyikan lagu dan tiba-tiba mendengar suara orang meraung yang menakutkan.
Hantu biru bernama Poo Ming dikatakan bertindak menjaga kawasan tersebut dan menenangkan roh-roh yang tidak berpuas hati di kawasan itu.
4. Muzium Fine Art, Ho Chi Minh Vietnam

Di samping menjadi galeri seni dan peninggalan yang berharga, bangunan zaman kolonial yang megah ini mempunyai kisah yang agak mengerikan.
Dibina sebagai kediaman hartawan China, Hui Bon Hoa, dia mempunyai ramai anak lelaki dan seorang anak perempuan yang sangat disayangi.
Bagaimanapun ketika wabak penyakit kusta itu melanda bandaraya itu, dia dilaporkan hilang dan hanya mendengar bunyi jantung dalam rumah tersebut.
Ia diikuti dengan kematian anak perempuannya namun ada yang menyatakan ia tidak benar kerana dia disembunyikan dalam sebuah bilik kerana penyakit kusta yang dihidapinya.
Ia kemudiannya difilemkan dengan judul “The Ghost of the Hua House”.
5. Kampung Hantu di Kampong Chhnang, Kemboja

Jika anda pernah pergi ke Kemboja, anda perlu berhenti di satu tempat ini dan berdoalah pada hajat yang anda inginkan.
Tempat yang dikenali sebagai “The house the ghost bought”, sejarah menyatakan pada tahun 1993 pasangan muda telah menetap di kawasan tersebut dan mereka ditawarkan AS$3000 dalam bentuk emas kerana “hantu” ingin membeli rumah tersebut.
Setelah mereka bersetuju, mereka telah memperoleh emas seperti yang dijanjikan di depan pintu rumah, tetapi mereka telah melanggar perjanjian dengan enggan keluar daripada rumah tersebut.
Akhirnya pasangan itu dilaporkan telah bangun dan mendapati diri mereka di sebuah padang dan barang-barang berada di sekeliling mereka.
Walaupun kedengaran agak pelik dan merasakan ia hanyalah cerita dongeng, tetapi ramai yang mencari perkara ghaib di rumah tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]