Banyak khasiat bawang tidak diketahui, 6 sebab mengapa ‘wajib’ makan

Banyak khasiat bawang tidak diketahui, 6 sebab mengapa ‘wajib’ makan

Bawang adalah perkara asas yang harus ada dalam setiap masakan, dan ia sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri yang mungkin anda tidak ketahui.

Ada kebenarannya bahawa makan bawang boleh menyebabkan bau badan sehingga mendatangkan rasa tidak selesa pada diri sendiri dan orang lain.

Namun mungkin juga ramai tidak tahu yang bawang mempunyai khasiat tertentu untuk tubuh badan yang tidak sepatutnya anda ketepikan.

Antaranya, ia dapat menurunkan kolestrol dalam badan.

Malah makan sahaja secara mentah dengan lebih teratur mampu memberi kesan yang lebih baik.

1. Mengawal gula dalam darah

Mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan.

2. Mencegah asma

Memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang mengalami batuk teruk

3. Memudahkan penghadaman

Bawang besar mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit misalnya.

4. Meningkatkan sistem imun

Memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan dan sistem kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit.

5. Bantu mencegah kanser

Kandungan bawang merah disebut dengan zat quercetin. Quercetin adalah zat yang membuat bawang menjadi berwarna warna merah gelap. Menurut University of Maryland Medical Center, zat quercetin termasuk dalam zat antioksidan yang berperanan dalam melawan radikal bebas yang berbahaya dalam tubuh.

6. Menurunkan tekanan darah

Dalam jurnal Pharmacological Reports pada 2009, melaporkan bahawa zat quercetin yang tinggi ada di dalam bawang merah mampu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi berisiko untuk mengalami berbagai penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, strok, buah pinggang, dan diabetes.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.