
“Kesan terhadap ekonomi kita adalah menyeluruh,” kata Paul Chan dalam catatan blog semalam, sambil menambah anggaran awal untuk KDNK suku ketiga pada Khamis akan menunjukkan penguncupan dalam dua suku tahun berturut-turut – definisi kemelesetan teknikal.
Beliau juga berkata adalah “sangat sukar” untuk mencapai unjuran praprotes kerajaan iaitu 0-1% pertumbuhan tahunan.
Protes di bekas tanah jajahan British kini masuk ke-21. Semalam, penunjuk perasaan berpakaian hitam dan bertopeng membakar kedai dan membuang bom petrol ke atas polis yang bertindak balas dengan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah.
Para penunjuk perasaan secara rutin membakar bahagian depan kedai dan premis perniagaan termasuk bank-bank, terutama yang dimiliki syarikat-syarikat tanah besar China dan merosakkan sistem metro bandar MTR Corp kerana mereka memandangnya sebagai bertindak atas perintah kerajaan untuk menghalang protes.
MTR telah pun mula menutup perkhidmatan lebih awal sejak beberapa minggu lalu dan berkata ia akan ditutup kira-kira dua jam lebih awal daripada biasa hari ini, pada jam 11 malam, untuk membaiki kemudahan yang rosak.
Bilangan pelancong telah menjunam, pengurangan yang menurut Chan satu perkembangan yang “mencemaskan” dengan penurunan bilangan pelawat yang semakin buruk pada bulan ini, turun hampir 50%.
Pengendali runcit, di pusat-pusat membeli-belah utama dan perniagaan pop, telah terpaksa menutup operasi beberapa hari sejak beberapa bulan lalu.