Fauziah Nawi syukur mayat Pitt Haniff ditemui dalam keadaan sempurna

Fauziah Nawi syukur mayat Pitt Haniff ditemui dalam keadaan sempurna

Selain itu, Fauziah juga memohon kepada semua pihak agar tidak menghubunginya melalui telefon buat masa sekarang, kerana sudah letih menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

Anggota bomba terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa bot terbalik di Sungai Jelai, Kuala Lipis hari ini. (Gambar Jabatan Bomba)
KUALA LUMPUR:
Ibu kepada Mohd Firdaus Mohamad Hanif, Fauziah Nawi melahirkan rasa syukur kerana mayat anaknya berjaya ditemui dalam keadaan sempurna walaupun selepas dua hari berada di air akibat lemas.

Menerusi video secara langsung di Facebooknya, Fauziah, 66, berkata jenazah anaknya itu kini telah dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.

Fauziah Nawi

“Syukur alhamdullilah, saya diberitahu bahawa pihak bomba yang menjumpai jenazah anak saya, tidak pernah menjumpai mayat orang secantik itu, walaupun dah dua hari di dalam air.

“Pitt, mama minta maaf sebab mama tidak dapat jaga Pitt macam mama janji dengan arwah babah,” katanya sambil bergelinangan air mata dalam video yang dimuat naik sejurus selepas mayat berkenaan ditemui di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis petang ini.

Selain itu, Fauziah juga memohon kepada semua pihak agar tidak menghubunginya melalui telefon buat masa sekarang, kerana sudah letih menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

“Tolong jangan telefon dulu, saya tidak larat nak jawab. Anak saya akan dibawa ke Hospital Kuala Lipis kemudian baru dibawa balik, tidak tahu hendak bawa balik ke rumah saya di Taman Melawati atau rumah besan saya, di mana dia tinggal bersama anak-anak dan isterinya,” katanya.

Pada masa yang sama Fauziah Nawi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi dan menyelamat anaknya itu.

Polis menemui mayat pengarah filem itu pada jam 4.25 petang tadi dalam keadaan terapung kira-kira 500m dari lokasi kejadian.

Mangsa dilaporkan hilang selepas bot fiber yang dinaiki bersama rakan untuk memancing, terbalik berhampiran Jambatan Gemunchur di Sungai Jelai dan pihak berkuasa mula mengaktifkan usaha mencari serta menyelamat selepas menerima laporan pada jam lebih kurang jam 1 tengah hari.

Difahamkan, Firdaus berada di daerah itu bagi menyiapkan penggambaran filem ‘Coast Guard’ yang bermula kira-kira dua bulan lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.