
Perintah sambung reman terhadap kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Puteri Nordina Kamalaudin, di sini, hari ini setelah tempoh reman lima hari bermula Isnin lalu tamat hari ini.
Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz dilaporkan berkata, pasangan itu ditahan hasil pemerhatian dan maklumat orang awam mengenai mangsa yang didera serta tidak dibayar gaji sebagai pembantu rumah.
Katanya, suspek lelaki ditahan Ahad lalu semasa membawa mangsa keluar di Jalan Iskandar di sini, manakala isterinya ditahan di kediaman mereka di Hala Kledang Emas, Taman Kledang Emas di sini sekitar 6 petang pada hari sama.
Pasangan itu dipercayai mendera pembantu rumah berusia 20-an yang sudah lama bekerja dengan mereka sehingga buta, selain sering ditumbuk.