
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda, yang menerima aduan tersebut, menjelaskan penamatan pemberian elaun sejumlah
RM40 itu hanya disedari sewaktu kemasukan gaji Okt baru-baru ini.
“Penamatan pada saat-saat ini amat mendukacitakan kerana ia merupakan satu isu. Kita tahu bahawa petugas di bawah sekolah ini mereka bekerja siang malam, termasuk Sabtu dan Ahad.
“Namun Kementerian Pelajaran suka-suka menghentikan elaun. Ini tidak adil kepada mereka yang sudah berkhidmat. Jadi saya minta pembantu tadbir ini supaya hentikan kerja kewangan dan tidak lagi laksanakan tugas-tugas kewangan,” katanya kepada media selepas majlis sambutan ulang tahun ke-62 kesatuan itu, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) yang merupakan ahli gabungan Cuepacs untuk mengadakan pertemuan dengan 1,084 pembantu tadbir yang terlibat.
“Kami akan berjumpa dengan ahli-ahli kami dahulu bagi mendapatkan gambaran sebenar tapi sebelum kami berjumpa, kami mengharapkan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan apakah rasional tindakan ini dan kenapa ini berlaku sekarang,” jelasnya.