OKU bukan alasan tidak boleh lakukan aktiviti seperti orang normal

OKU bukan alasan tidak boleh lakukan aktiviti seperti orang normal

Semangat harus penting dalam melakukan apa sahaja tidak kira orang normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU).

Setiap orang harus mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan apa jua perkara.

Namun ia sedikit berbeza bagi Orang Kurang Upaya (OKU) kerana mempunyai batasan dalam pergerakan ketika melakukan sesuatu perkara.

Bagaimanapun ia tidak boleh menjadi halangan untuk mereka melakukannya kerana semangat dan daya juang yang tinggi boleh membawa kejayaan kepada mereka sehingga ke puncak.

Sempena hari tentera, seorang lelaki yang juga merupakan Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat, Jose Martinez berkongsi pengalaman sebelum ini dalam menyelamatkan tentera yang cedera dan kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas berkaitan fizikal dan emosi.

Turut bersama mereka dalam misi tersebut, anjing terlatih, Surf Dog Ricochet.

1. Tangan kanan Jose hancur selepas terkena bom di Afghanistan dan doktor memutuskan untuk tidak membuat sebarang pembedahan kerana berada dalam keadaan koma. Namun 10 hari kemudian, Jose bangun jalani proses pemulihan walaupun berdepan keadaan sangat sukar bagi melawan kesakitan tersebut. Jose telah menghabiskan masa selama dua tahun di hospital.

2. Hari ini adalah hari Jose! Dia bermain papan luncur bersama Ricochet untuk memberi inspirasi kepada tentera lain yang cedera dan mereka semua boleh mengharungi kehidupan dengan lebih baik seperti orang lain.
3. “Selepas bangun daripada koma, saya diberitahu yang kerusi roda akan menjadi set kaki saya yang baru. Hampir setahun juga saya fikirkannya dan diberitahu tidak boleh melakukan aktiviti seperti biasa, tetapi saya pujuk diri dan ia mungkin boleh berlaku apa sahaja walaupun ia mustahil,” kata Jose.
4. Jose terus bermain papan luncur bersama Ricochet untuk memberi inspirasi kepada tentera lain yang cedera serta orang lain yang berjuang untuk meneruskan kehidupan.
5. Beliau telah memenangi beberapa pertandingan termasuk “Surfbow Adaptive AS Stoke For Life”. Tujuannya adalah supaya dapat mewakili paralimpik pada 2028.
6. Jose juga membuat aktiviti seperti berjalan, memancing, berenang, mendaki dan banyak lagi, dia juga seorang penceramah yang menunjukkan kepada dunia dimana jalan yang menuju kebahagiaan dalam hidup. “Tetapi ingatlah, satu-satunya cara untuk memenangi pertempuran di bumi adalah untuk mengalahkan medan pertempuran di dalam diri kita.”, Kata Jose.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.