Jika anda fikir secara logik, bagaimana caranya untuk mengesan makanan apatah lagi mencernakannya jika organisma tersebut tidak mempunyai mata, mulut dan perut?

Jangan terkejut kerana fizikalnya seperti kulat tetapi mempunyai sifat seperti haiwan.
Taman Zoologi di Paris baru-baru ini mempamerkan organisma misteri baru yang digelar sebagai “blob”.
“Blob tersebut juga mempunyai hampir 720 jantina dan boleh bergerak tanpa kaki atau sayap. Selain itu, ia mampu menyembuhkan dirinya dalam tempoh dua minit. Paling memeranjatkan, ia tiada otak namun mampu belajar.
“Jika anda gabungkan dua blob bersama, salah satu daripadanya yang telah belajar tentang sesuatu akan memindahkan maklumat atau pengetahuan kepada pasangannya,” kata Pengarah Muzium Sejarah Semula Jadi di pusat itu, Bruno David.
Difahamkan, nama blob itu dinamakan sempena filem sains fiksyen seram yang dikeluarkan pada 1958 dan dibintangi Steve McQueen.
“Kami yakin ia bukan tumbuhan namun kami tidak pasti sama ada ia haiwan atau kulat. Ini kerana walaupun ia kelihatan seperti cendawan, ia ada sifat seperti haiwan dan boleh belajar,” kata David lagi.
Sumber: Agensi
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]