
Ketua Polis Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemui orang awam yang melaporkan penemuan itu di Pondok Polis Paya Bungor pada kira-kira 9.55 pagi.
“Mangsa dipercayai berbangsa India dengan anggaran usia 39 tahun. Mayat lengkap berpakaian baju t-shirt berwarna merah dan seluar jeans hitam; manakala jarak tempat mayat terapung dengan jalan utama adalah kira-kira 10 meter,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan bedah siasat akan dilakukan pada 2 petang esok di Unit Patalogi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA).
“Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.