Komik diedar ke sekolah perlu lalui saluran KDN, kata Maszlee

Komik diedar ke sekolah perlu lalui saluran KDN, kata Maszlee

Kementerian Dalam Negeri berkata, terdapat 'perkara tidak betul' dalam komik terbabit dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang menerbit dan mengedarnya.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik (tengah) pada sidang media di Sekolah Menengah Tanjung Kerang, Pontian hari ini.
PONTIAN:
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, sebarang komik politik, buku politik atau apa-apa bahan bersifat “propaganda” yang mahu diedarkan di sekolah perlu mengikut saluran yang betul.

Beliau berkata, salurannya adalah melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebab negara mempunyai undang-undang.

“Jadi kita bertindak atas undang-undang, ‘rule of law’, atau landasan undang-undang.

“Apa-apa hal kena rujuk kepada KDN kerana bahan cetak ada akta dia sendiri,” katanya pada sidang media dalam satu majlis di Sekolah Menengah Tanjung Kerang di sini, hari ini, merujuk kepada pengedaran komik kontroversi bertajuk “Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama” ke sekolah menengah seluruh negara baru-baru ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, berdasarkan laporan awal Bahagian Keselamatan kementerian berkenaan. terdapat “perkara tidak betul” dalam komik berkenaan dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang menerbit dan mengedarnya.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan turut menafikan membenarkan komik tersebut disedarkan ke sekolah.

Maszlee berkata, kementerian akan bertindak atas nasihat KDN.

Seramai 43 pemimpin akar umbi DAP, termasuk beberapa ahli Dewan Undangan Ngeri (Adun) parti itu membantah larangan pengedaran komik itu ke sekolah.

Kenyataan tersebut ditandatangani lima Adun iaitu Phoong Jin Zhe (Adun Luyang), Chiong Yoke Kong (Adun Tanah Rata), Chow Yu Hui (Adun Tras), Lee Chin Chen (Adun Bilut) dan Leong Yu Man (Adun Triang).

Bahan itu diterbitkan hasil kerjasama antara kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia, Hew Kuan Yau dengan artis tempatan Chong Po Ling.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.