
Maszlee berkata pengumuman dasar jika ingin dilaksanakan akan dibuat bila tiba masanya.
“Apa yang berlaku ialah waktu ucapan saya di German, pada sesi Townhall, laporan yang dibuat menggambarkan seolah-oleh itu pengumuman dasar, tetapi tidak.
“Kita mengatakan bahawa pada masa hadapan, kita ingin pastikan pelajar tidak terkongkong dengan aliran. Contohnya ada pelajar sains yang boleh ambil sastera, ada pelajar sastera boleh ambil subjek sains,” katanya pada sidang media satu majlis di Sekolah Menengah Tanjung Kerang di sini, hari ini
Sebelum ini Maszlee mendedahkan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.
Langkah itu dicadangkan oleh Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.
Dalam pada itu Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilaporkan berkata sebelum ini bahawa perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi akan wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Maszlee berkata, kementerian menerima input daripada semua pihak dan ia termasuklah laporan Jawatankuasa Kajian Dasar yang ditubuhkan oleh Kabinet sebelum ini.