
Pemangku raja Johor itu berkata demikian pada hari mengisytiharkan Majlis Pembukaan Istiadat Konvokesyen ke-19 UTHM dan menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah-anugerah akademik yang lain.
Tunku Ismail mahu setiap warga universiti dan graduan memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang berdaya maju, penyebaran khidmat profesional yang berkesan serta penyelidikan yang berkualiti tinggi, “agar membawa sesuatu yang manfaat kepada masyarakat sekeliling”.
“Tanggungjawab ini perlulah dilaksanakan secara profesional demi kepentingan bersama dan tidak bersifat individu atau politik. Universiti tempat untuk mencari dan menyampaikan ilmu, bukan tempat untuk menyebarkan ideologi demi kepentingan individu dan politik,” katanya di Facebook hari ini.