
Anak pelakon siri televisyen popular Tarzan, Ron Ely dilaporkan telah menikam ibunya sendiri semalam di kediaman mereka di California, Amerika Syarikat.
Menurut polis, Valerie Lundeen Ely, 62, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada malam Selasa waktu tempatan.
Terdahulu, suspek yang kemudiannya dikenal pasti sebagai anak mangsa, Cameron Ely, 30, ditemui di luar rumah pasangan itu sejurus polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan.
Polis kemudiannya menembak mati Cameron Ely selepas dia didakwa mengeluarkan ancaman kepada pihak polis.
Tanpa memberikan butir penuh kejadian, polis memaklumkan anggota yang menembak mati suspek telah “dicutikan” sementara menunggu siasatan lanjut.
Pelakon siri televisyen Tarzan yang kini berusia 81 tahun itu bagaimanapun tidak dilaporkan cedera dalam insiden itu.
Pada 1981 dan 1982, Ron Ely menjadi pengacara ratu cantik Miss America dan berkahwin dengan Lundeen Ely pada 1984.
Selain Cameron, pasangan tersebut mempunyai dua anak perempuan iaitu Kirsten dan Kaitland.
Sumber : Agensi
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]