
Beliau berkata kenyataan yang dipetik media “tidak benar sama sekali”.
“Saya tidak pernah memohon untuk menjadi mana-mana ahli parti selepas keluar daripada Umno dan Barisan Nasional pada 27 Jun 2018 yang lalu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Syed Hussin berkata pihak yang mengeluarkan berita tidak benar itu seharusnya bertanggungjawab dan mahu berita itu ditarik balik bagi membersihkan namanya.
Terdahulu, PKR Perak mendakwa Syed Abu Hussin menyertai parti itu selepas lebih satu tahun meninggalkan Umno.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, permohonan Syed Abu Hussin baru sahaja dipersetujui dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR hari ini kerana harus melalui proses penelitian terlebih dulu.
Pada 27 Jun 2018, Syed Abu Hussin mengumumkan keluar Umno dan BN dan menjadi ahli Parlimen bebas berkuatkuasa 1 Julai 2018.