Biar betul… Kahwin dalam jet kos RM50,000?

Biar betul… Kahwin dalam jet kos RM50,000?

Banyak pasangan memikirkan konsep yang unik untuk melangsungkan perkahwinan sebagai kenangan terindah buat mereka.

Bagi mereka yang belum lagi melangsungkan perkahwinan, ini berita baik buat anda!

Momen perkahwinan anda boleh dirakamkan dengan cara yang lebih unik dan berbeza dengan orang lain.

Dengan kos RM50,000, anda boleh melangsungkannya di dalam jet atau sekitarnya dengan konsep “wedding in the air”.

Dengar seperti mustahil untuk dilaksanakan, namun jangan risau kerana ia adalah perkhidmatan pertama yang terendah bakal ditawarkan di Malaysia.

Efinair MyJet International Sdn Bhd (Efinair) kini dalam perancangan memperkenalkan pakej perkahwinan Wedding in The Air dengan harga RM50,000.

Kebiasaannya kita dengar perkahwinan menggunakan jet peribadi ini menelan belanja jutaan ringgit dan golongan berpendapatan sederhana hanya mampu berputih mata sahaja.

Jika benar ia menjadi realiti, pasti ramai yang teruja dan akan mula menyimpan wang untuk melaksanakan perkahwinan impian mereka.

Masakan tidak, jika majlis yang diadakan di dewan pun harga yang perlu dibayar lebih kurang jumlah yang sama atau lebih, mengapa tidak merebut peluang melangsungkan pernikahan atau resepsi di hangar sambil berlatar belakangkan jet peribadi?

Ketua Pegawai Eksekutif Efinair MyJet International Sdn Bhd (Efinair), Muhammad Fadzil Abdullah, berkata Wedding in The Air adalah satu perkhidmatan baharu bakal diperkenalkan mereka yang cukup mengujakan.

“Kami merancang memperkenalkan satu konsep perkahwinan untuk majlis pernikahan dan resepsi yang bakal diumumkan pada Januari tahun depan (2020). Konsep perkahwinan sebegini sudah lama diperkenalkan di barat membabitkan golongan selebriti dan VIP, tetapi di Malaysia mungkin kami yang pertama.

“Bakal mempelai boleh memilih untuk melangsungkan perkahwinan sama ada majlis nikah ataupun resepsi di kawasan hangar bersama jet peribadi sekali. Jika mereka memilih untuk melangsungkan pernikahan di dalam jet berserta juru nikah dan saksi juga boleh dilaksanakan,” katanya dipetik media.

Malah, jika mempelai merancang untuk terus ke destinasi bulan madu, ia turut boleh diuruskan oleh mereka.

Menurut beliau lagi, lokasi sekitar hangar itu mampu menampung 100 hingga 200 tetamu, namun jika majlis pernikahan ingin diadakan dalam jet peribadi, ia mampu menampung 13 orang penumpang untuk jet Bombardier Global 5000.

“RM40,000 ke RM50,000 itu adalah caj paling minuman yang difikirkan kami. Akan tetapi harganya akan berubah, mengikut apa yang diinginkan pelanggan.

“Konsep perkahwinan, pelamin yang bagaimana diinginkan mereka, jenis hidangan termasuk jumlah tetamu. Saya berani katakan, perkhidmatan yang ditawarkan kami ini adalah yang pertama di Malaysia dan terendah setakat ini,” katanya.

Sumber : hijabnheels.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.