
Azmin berkata walaupun Syed Husin yang kini menjadi ahli biro politik dan lembaga penasihat PKR sudah berpuluh-puluh tahun dalam politik tetapi tidak memberi kesan dalam arena politik.
“Dr Mahathir yang dapat sambutan gemuruh daripada rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Terdahulu, Syed Husin mendakwa hasrat Mahathir untuk berundur daripada jawatan perdana menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh Pakatan Harapan kerana Anwar tidak mempunyai masa mencukupi untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan.
Katanya, kenyataan Mahathir dalam dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, baru-baru ini, menyebabkan beliau secara peribadi tidak mempercayai Mahathir.
Mengulas lanjut, Azmin menafikan beliau mahu keluar daripada partinya dan menubuhkan parti lain.
Beliau berkata masih setia dengan partinya dan memberi sokongan penuh pada pucuk pimpinannya.
“Saya dipilih dalam PKR dan tidak ada sebab saya mahu keluar parti kecuali ada orang yang cemburu dan nak saya keluar dari parti.
“Itu terpulang pada mereka, tetapi saya akan terus dalam parti sokong pimpinan dan ahli parti,” katanya.
9 Oktober lalu, Syed Husin dilaporkan mendakwa Azmin merancang menubuhkan parti baru apabila pergeserannya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim kian meruncing.
Syed Husin berkata ini merupakan satu daripada tiga perancangan yang diusahakan Azmin mutakhir ini.
Bagaimanapun, pemimpin PKR yang rapat dengan Azmin menafikan dakwaan itu.
Syed Husin berkata beliau tahu Azmin serius untuk menubuhkan parti baru.