
Dalam Kenyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini hari ini, Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) berkata, ia menurunkan sedikit kadar kenaikan ke atas jalur kadar nominal dolar Singapura (S$NEER).
“Tidak ada perubahan pada jalur dasar dan tahap tumpuannya. Pelarasan yang diukur atas pendirian dasar itu adalah selaras dengan kestabilan harga jangka sederhana yang berdasarkan prospek ekonomi semasa,” katanya.
MAS berkata, ia akan terus memantau perkembangan ekonomi dan bersedia untuk menimbang semula dasar monetari sekiranya prospek untuk inflasi dan pertumbuhan merosot dengan ketara.
Dalam Kenyataan Dasar Monetari pada April 2019, MAS mengekalkan kadar peningkatan jalur S$NEER.
Menurut MAS, pertumbuhan ekonomi Singapura perlahan sejak tiga suku pertama tahun ini dan dijangka meningkat dengan sederhana pada 2020, walaupun “unjuran ini tertakluk kepada ketidaktentuan dalam persekitaran luar.”
Inflasi utama lebih rendah daripada yang dijangkakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan akan terus rendah pada tahun depan, katanya.
Inflasi utama MAS yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan jalan swasta, dijangka mencatatkan paras rendah sekitar 1-2 peratus pada 2019 dan purata 0.5-1.5 peratus pada 2020.
Inflasi utamanya merosot 0.8 peratus tahun ke tahun pada Julai-Ogos 2019, berbanding 1.4 peratus pada separuh pertama 2019.
Secara keseluruhan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura dijangka sekitar titik pertengahan dari 0-1 peratus pada 2019 dan bertambah baik pada 2020.
Mengikut Anggaran Awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian hari ini, ekonomi Singapura berkembang 0.1 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2019, sama seperti suku sebelumnya.