
Berakhir sudah “demam Han Byul” pada program realiti Big Stage minggu lalu, kini diganti pula dengan pentas Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) pada minggu ini.
Ia menyaksikan gegaran bintang kembali menyengat dalam GV6 musim keenam ini, dimana 13 orang peserta akan membuka pentas dengan menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka yang pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu.
Ia merupakan cabaran pada musim pertama dimana antara lagu mereka, Ameer Sofarz (Janjiku), Feeza (Ungkapan Kata Bernafas Cinta), Hady Mirza (Angkasa), Jatt Ali (Intro Cahaya Aidilfitri & Khayalan), Kool (Bebas), Mazleela (Tabah), Naqiu Boboy (Episod Cinta), Norshila Amin (Rambu Ramba), Nurfatima (Selembut Sutera), One Nation Emcees (Anak Kampung), Roy (Ratnaku), Sham Visa (Dalam Gerimis) dan Wann dengan lagu ‘Bossanova’.
Jika musim lalu Noryn Aziz diangkat menjadi Juara GV5, siapa pula yang akan dinobatkan sebagai juara pada musim kali ini?
Namun, sama-sama kita saksikan terlebih dulu siapakah yang akan menjadi juri jemputan dan siapakah yang bakal tersingkir untuk minggu pertama ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]