Harimau Malaya tewas 0-1 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tewas 0-1 di tangan Vietnam

Kedudukan Malaysia dalam Kumpulan G jatuh ke tangga keempat dengan kekalahan malam tadi.

Kapten Vietnam Nguyen Viet Phong berebut bola dengan Muhammad Akhyar Rashid semasa berlawan di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi malam tadi. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Pasukan bola sepak kebangsaan tewas 0-1 di tangan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam tadi, kekalahan kedua Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Penyerang Nguyen Quang Hai muncul sebagai wira pasukan Naga Emas selepas menjaringkan hantaran jauh dari Que Ngoc Hai pada minit ke-40 perlawanan, lapor Bernama.

Keputusan malam tadi menyaksikan kedudukan Malaysia dalam Kumpulan G jatuh ke tangga keempat manakala Vietnam naik ke tangga dua, berkongsi empat mata dengan pendahulu, Thailand.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.