
“Program Ganjaran demi Keadilan Jabatan Negara AS (RFJ) kini menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta untuk maklumat yang membawa kepada pengenalan atau lokasi Adnan Abu Walid al-Sahrawi,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut kumpulan tersebut mengaku bertanggungjawab bagi serangan hendap pada Okt 2017 terhadap pasukan peronda bersama AS-Niger berhampiran Kampung Tongo Tongo, Niger, yang menyebabkan kematian empat anggota tentera AS.
RFJ turut menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta bagi maklumat yang membawa kepada penahanan atau pensabitan di mana-mana negara mana-mana individu yang melakukan, bersubahat melakukan atau membantu atau bersekongkol dalam melakukan serangan hendap di Niger pada 2017.
Kumpulan IS Sahara adalah dikategorikan sebagai sebuah pertubuhan pengganas asing di bawah Seksyen 219 Akta Imigresen dan Kewarganegaraan dan pemimpinnya, Abu Walid, dilabel sebagai pengganas global tentuan khas di bawah Perintah Eksekutif 13224.