Kecoh satu Malaysia baru-baru ini apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mengumumkan pembangunan di Kampung Baru akan dilaksanakan.

Apa yang menimbulkan kemarahan penduduk di situ tawaran harga daripada kerajaan untuk setiap persegi tanah di sana dikatakan tidak berbaloi.
Mengenangkan kejadian yang berlaku di Kampung Baru, seorang netizen terpanggil untuk berkongsi kisah yang berlaku di Chow Kit mengenai sebuah rumah pusaka yang popular dengan gelaran “Rumah Degil”.

Rumah itu didiami oleh seorang nenek bernama Norma Manjawali sejak dilahirkan pada tahun 1932.
Banyak versi cerita, nenek Norma “degil” ini mengenai mengapa rumah itu dipanggil sebegitu.

Sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.
Macam-macam usaha dilakukan pihak pemaju memandangkan hanya rumah itu yang berdiri di celah bangunan lain.
Namun, usaha mereka gagal untuk memujuk nenek Norma supaya menjual rumahnya.
Sehinggalah nenek Norma dilaporkan meninggal dunia dan pada tahun 2013 rumah tersebut terpaksa dilepaskan.
Tapi ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang “Rumah Degil” ini.
Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.

Semoga Rumah Melayu No. 41 Jalan Chow Kit yang lebih dikenali sebagai “Rumah Degil” ini memberi inspirasi kepada pewaris Kampung Baru untuk mempertahankan tanah pusaka mereka sama seperti Nenek Norma yang bertahan selama 70 tahun itu.

Rumah itu bercirikan tradisional Melayu dan dibina pada 1926 di Jalan Chow Kit.
Ia adalah kediaman yang dibina oleh Jaafar Sutan Sinomba juga dikenali dengan nama Sutan Mengatas Sutan Sinomba, iaitu keturunan Sutan Puasa, saudagar dari Mandailing, Sumatera dan kawasan tersebut adalah penempatan mereka.
Menurut laporan tersebut, rumah berusia 92 tahun itu telah menyaksikan pelbagai perubahan di negara ini dari zaman British, Jepun, kemerdekaan negara hingga ke 13 Mei 1969.
Namun malangnya ia terpaksa dijual pada tahun 2013 kerana keluarga Jaafar tidak lagi mampu menampung kos penjagaan rumah tersebut.
Sumber: Herman Plani Syafrudin
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]