
Setiap orang sentiasa mencari inisiatif untuk mendapatkan pendapatan lebih sebagai simpanan pada masa akan datang.
Ini kerana kebanyakannya mereka yang bekerja hanya memperoleh gaji yang “cukup makan” sahaja dan tiada lebihan sehingga hujung bulan.
Namun sebenarnya terdapat beberapa jenis pekerjaan yang anda boleh lakukan dengan konsisten dan akhirnya anda boleh meninggalkan kerja tetap sekarang kerana memperoleh keuntungan dengan kerja ini :
1. Berniaga buah potong

Contohnya, anda jual RM1 setiap plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling teruk anda akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
2. Khidmat potong rumput

Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.
3. Menjual nasi

Buat iklan Facebook untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi dalam sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800
4. Menjual air

Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.
Rata-rata penjual air memberitahu margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080
5. Berniaga apam balik

6. Jadi ejen jualan produk
Jadi ejen jualan produk, pilih yang laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50 setiap daripadanya, jual menggunakan iklan di Facebook, sehari anda boleh meletakkan kos iklan RM80, anda perlu berusaha sekurang-kurangnya 11 orang “close deal”.
Setiap hari akan ada orang sertai sebanyak RM550, tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110 = bersih RM360 × 30 hari = RM10,800
Ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi 6 jenis mudah dibuat oleh sesiapa sahaja.
Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda.
Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]