Anggota bomba tak pasti riak wajah isteri CEO Cradle Fund

Anggota bomba tak pasti riak wajah isteri CEO Cradle Fund

Afzan Majid berkata dia berada di belakang Samirah Muzaffar semasa dia melutut untuk melihat mayat suaminya.

Samirah Muzaffar.
SHAH ALAM:
Seorang anggota bomba memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak dapat memastikan betul-betul riak wajah isteri ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan selepas dia dibenarkan melihat mayat suaminya.

Mohamad Afzan Majid, dari balai bomba Damansara berkata, dia berada di belakang Samirah Muzaffar ketika wanita itu melutut dekat tubuh Nazrin.

Dia hanya nampak Samirah mengeleng kepala.

Bekas eksekutif kanan sebuah syarikat itu dan dua remaja dituduh membunuh Nazrin pada 14 Jun 2018 di kediaman mereka di Mutiara Damansara. Warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, juga disyaki terlibat dalam pembunuhan itu, masih bebas.

Apabila peguam Samirah, Muhammed Shafee Abdullah menunjukkan kepada Afzan gambar seorang melihat mayat Nazrin yang disiarkan media tahun lepas, anggota bomba itu berkata dia tidak tahu adakah orang itu Samirah.

Shafee: Saya mencadangkan kepada kamu bahawa orang ini bukan Samirah kerana dia memakai pakaian yang panjang, berwarna perang pada hari itu dan tidak memakai tudung? Orang dalam gambar ini memakai pakaian warna biru gelap.

Afzan: Saya tak pasti.

Afzan pertama kali pandang menganggap Samirah sebagai seorang “wanita Melayu” semasa dia berdiri di luar rumah pada 14 Jun 2018. Afzan berkata dia melambai kepada anggota bomba apabila mereka sampai.

Beliau juga berkata semasa siasatan polis ke atas kematian Nazrin, dia tidak dipanggil untuk mengecam Samirah tetapi dia boleh mengenal pasti wanita di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, Afzan tidak dapat mengesahkan siapa remaja lelaki dan dua wanita di dapur Samirah tahun lalu.

Menjawab soalan Shafee tentang bila polis merakamkan keterangannya dan anggota bomba lain untuk kes itu, Afzan tidak ingat masa dan pegawai yang merakam keterangannya.

Afzan juga berkata dia tidak tahu sebab kenapa Samirah pergi menyediakan susu selepas Samirah turun dari bilik tempat kejadian.

Shafee: Anda tidak tahu adakah tindakannya menyediakan susu kerana dia tergamam selepas kejadian seperti itu?

Afzan: Saya tak pasti.

Pendengaran di depan Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim Ab Rahman bersambung esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.