Alumni UMT hantar memorandum isu gabung UMT-UniSZA kepada MB

Alumni UMT hantar memorandum isu gabung UMT-UniSZA kepada MB

Alumni Universiti Malaysia Terengganu berkata cadangan penggabungan itu berisiko, tidak menguntungkan negeri dan dibuat secara tergesa-gesa.

KUALA TERENGGANU: Persatuan Alumni Universiti Malaysia Terengganu (PAUMT) yang dianggotai oleh 30,180 ahli menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa beliau merayu kepada kerajaan pusat agar menimbang semula rancangan penggabungan dua universiti.

Ia berhubung persetujuan secara prinsip Kementerian Pendidikan untuk menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Presiden Khairul Hakimi Mohd Nawi berkata sebagai pemegang taruh yang terlibat secara tidak langsung dengan penggabungan itu, kerajaan negeri pastinya lebih tahu dan faham akan kesan penggabungan yang dilihat tidak akan memberi impak positif serta keuntungan kepada rakyat Terengganu.

“Pada hemat kami cadangan penggabungan ini sesuatu yang berisiko, tidak menguntungkan negeri Terengganu serta dibuat secara tergesa-gesa.

“Jadi kami merayu agar menteri besar yang mempunyai kuasa eksekutif tertinggi negeri supaya membuat rayuan kepada kementerian atau pihak lebih tinggi iaitu perdana menteri bagi menimbangkan semula keputusan itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.