Pendek bukan alasan tidak boleh bergaya agar kelihatan segak

Pendek bukan alasan tidak boleh bergaya agar kelihatan segak

Lelaki yang agak pendek tidak dinafikan berdepan dengan masalah untuk berpenampilan namun ia bukan alasan untuk anda tidak terus segak bergaya.

Setiap lelaki memiliki ciri-ciri dan karismanya yang tersendiri supaya sentiasa kelihatan tampan dan segak di mata wanita.

Tidak kiralah anda tinggi, pendek, kurus atau pun berbadan gempal ia bukanlah satu alasan untuk anda sebagai lelaki untuk tidak langsung bergaya.

Tidak dinafikan bagi mereka yang memiliki ukuran tubuh agak rendah berbanding orang lain, pasti ada waktunya muncul mood rasa down sangat.

Sehinggakan hendak berfesyen pun takut sebab tubuh “rendang”.

Manakala bagi lelaki yang mempunyai bentuk tubuh yang tinggi dan kurus mungkin tiada masalah kerana boleh menggayakan pelbagai jenis pakaian tanpa sebarang masalah.

Namun, tidak bagi lelaki yang rendah kerana lebih sukar untuk mencari pakaian sesuai dengan potongan badan mereka.

Sehubungan itu ini 5 trik yang perlu anda terutamanya bagi lelaki bertubuh pendek untuk nampak lebih stailo :

1. Outfit

Antara kesalahan besar dan pantang larang untuk lelaki adalah memakai baju dengan corak melintang kerana ia akan menjadikan anda kelihatan bertambah pendek.

Pakaian kolar bulat juga tidak sesuai sebaliknya pilih rona gelap dan baju dengan kolar ‘V’ sebagai alternatif.

Cuba masukkan baju ke dalam (tug in) seluar bagi menyerlahkan juga menampakkan bentuk kaki yang lebih panjang.

2. Warna pakaian

Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengelakkan memakai baju berwarna terang kerana akan menyerlahkan kekurangan diri anda yang bertubuh pendek.

Sebaliknya, pilih pakaian rona gelap atau senada bagi memberi ilusi tubuh lebih tinggi dan besar.

Jadi, jangan pandang remeh kerana pemilihan warna pakaian amat penting!

3. Jaket

Bukan satu kesalahan untuk mereka yang bertubuh pendek memakai jaket cuma pastikan potongan itu sesuai dengan anda.

Untuk lelaki, tidak perlu rasanya untuk memakai jaket berlapis untuk menutup kekurangan diri anda sebaliknya memadai dengan sehelai saja.

Cuba elak mengenakan jaket yang mempunyai terlalu banyak butang.

4. Kasut

Bagi lelaki, jangan sangka kasut bertapak tebal atau tinggi seperti but membantu anda kelihatan berbeza daripada ketinggian sebenar kerana tumpuan orang mungkin akan terarah kepada kasut anda saja.

Jadi, kasut tapak biasa sudah memadai malah lebih selesa ketika dipakai.

5. Aksesori

Jangan ambil mudah dengan pemakaian aksesori kerana silap pemilihan, kekurangan diri anda akan terserlah.

Bagi lelaki yang bekerja di pejabat, pilih tali leher yang kecil dan ringkas, contohnya ‘skinny tie’.

Beg pula janganlah terlalu besar kerana dikhuatiri menenggelamkan badan anda yang kecil itu!

Sumber: maskulin.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected] 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.