Kawal kemarahan elak menyesal di kemudian hari

Kawal kemarahan elak menyesal di kemudian hari

Apabila seseorang itu marah yang tidak dapat dikawal mampu menyebabkan banyak pihak terluka malah mungkin akan memburukkan keadaan.

Semua orang pasti mempunyai sifat marah, mustahil jika mana-mana manusia tidak pernah marah.

Namun apa yang penting bagaimana seseorang itu mengawal kemarahannya dan bermuhasabah diri.

Dan setiap kali kemarahan itu datang pasti dirinya akan merasa tidak tenteram, tidak tenang, nafas turun naik sehingga boleh menyesakkan dada.

Hakikatnya emosi marah ini normal dan sihat bagi setiap manusia, akan tetapi apabila di luar kawalan, ia akan mengakibatkan masalah yang serius dalam hubungan sesama manusia, bahkan memberi kesan buruk pada mental dan fizikal.

Berikut tip cara hendak kawal kemarahan agar tidak melampaui batas.

Sebaiknya fikir dahulu sebelum bercakap.

Seharusnya sesiapa sahaja yang sedang marah harus ambil masa untuk berfikir dan menyusun perkataan sebelum anda meluahkan apa yang ingin dikatakan.

Luahkan kemarahan apabila sudah bertenang.

Nyatakan isu dengan jelas dan terang tanpa menyakiti orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

Ambil masa untuk bertenang.

Ya, bertenang dalam rahsia mengawal marah paling baik. Diamkan diri dan bertenang dapat membantu anda bersedia menghadapi perkara yang mendatang tanpa rasa geram.

Kenal pasti penyelesaian yang boleh diambil.

Caranya dengan mengingati diri sendiri bahawa kemarahan tidak akan memberikan apa-apa, ia hanya menambahkan kerosakan dan kesakitan.

Hasilnya, daripada anda berfikir tentang apa yang buat anda marah, anda akan mencari penyelesaian kepada masalah sebenar.

Berjenaka untuk menghilangkan tekanan.

Menceriakan suasana dapat menghilangkan tekanan.

Bagaimanapun, elakkan sindiran kerana ia menyakitkan hati orang lain dan membuat situasi semakin teruk.

Belajar teknik untuk menenangkan diri.

Mengambil nafas sedalam yang mungkin, bertafakur, bersenam dan yoga boleh membantu untuk mengawal baran.

Anda juga boleh mendengar muzik, menulis, membaca, mandi atau melakukan apa sahaja yang membantu anda untuk bertenang.

Ketahui bila anda perlu meminta pertolongan.

Bila marah luar dari kawalan, pertimbangkanlah untuk meminta tolong dari kawan rapat, doktor atau pakar psikologi, jika tidak, mungkin anda akan menyesal dengan perilaku anda kelak.

Sumber: wanista.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.