Japan Airlines dipuji mesra penumpang untuk kanak-kanak

Japan Airlines dipuji mesra penumpang untuk kanak-kanak

Sistem penerbangan perlu dikemaskini dengan lebih baik supaya semua pihak bagi melancarkan perjalanan.

Japan Airlines memperkenalkan sistem baharunya yang lebih mesra pelanggan berhubung maklumat tempat duduk kanak-kanak.

Dalam sistem tersebut ikon “kanak-kanak” akan muncul, bermakna penumpang lain akan tahu yang dia akan duduk bersebelahan dengan bayi berusia dua tahun ke bawah.

Menurutnya lagi dalam satu kenyataan, ikon tersebut mungkin tidak akan muncul jika terdapat pihak ketiga yang membeli tiket tersebut ataupun tiket ditempah pada masa yang singkat sebelum penerbangan berlepas.

Sehubungan itu, seorang penumpang Rahat Ahmed berkata ikon tersebut adalah bagus kerana akan memberi amaran kepadanya untuk tidak duduk berdekatan dengan bayi.

Menceritakan pengalaman Rahat sebelum ini, dia dikelilingi tiga orang anak kecil yang menangis secara keterlaluan ketika penerbangan dari New York ke Doha dua minggu lalu.

Lalu perkara itu dimuatnaik Rahat Ahmed dalam laman sosial Twitter dan mendapat respon daripada netizen dengan meminta dirinya bertolak ansur dengan keadaan itu.

Susulan itu, dia menggesa pihak Qatar Airways untuk melakukan perkara yang sama seperti Japan Airlines dalam sistemnya.

Menurut laman web flyingwithbaby.com, salah satu penerbangan yang mesra dengan kanak-kanak ialah Etihad, Emirates dan Gulf.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.