Dana RM88 juta jamin keselamatan kapal di Selat Melaka

Dana RM88 juta jamin keselamatan kapal di Selat Melaka

Malaysia mempengerusikan mesyuarat Aids To Navigation Fund sejak 2018 selepas penyerahan jawatan pengerusi oleh Singapura.

Selat Melaka merupakan laluan perkapalan penting di dunia. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR:
Dalam menyelenggara alat bantuan navigasi yang merupakan komponen penting bagi keselamatan kapal yang melalui Selat Melaka dan Singapura, Aids to Navigation Fund (ANF) setakat ini menerima sumbangan berjumlah melebihi AS$21 juta (RM88 juta).

Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia merangkap pengerusi ANF Baharin Abdul Hamid berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi selepas berakhirnya mesyuarat ke-23 Jawatankuasa ANF di Kuching, Sarawak dari 26 hingga 27 Sept.

“Ahli jawatankuasa ANF terdiri daripada tiga negara pesisir iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura serta India, China Korea, Jepun, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, Majlis Selat Melaka (MSC), Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), International Foundation for Aids to Navigation, Whitherby Publishing Group, The Nippon Foundation (diwakili oleh Pusat Maritim Nippon,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat dua hari itu membincangkan perkara penting berkaitan selat dan bertukar-tukar maklumat dan idea tentang bagaimana untuk mengurusnya dengan lebih baik.

Malaysia mempengerusikan mesyuarat tahunan itu sejak 2018 selepas penyerahan jawatan pengerusi oleh Singapura, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.